PAKEJ 3

PERCUTIAN KE MELAKA
3 HARI 2 MALAM

Dewasa - Rm 350.00 (seorang)
Kanak - Kanak 8 Tahun Ke Atas - Rm 250.00 (seorang)
Kanak - kanak 8 Tahun Ke Bawah - PERCUMA



HARI PERTAMA
  • Daftar Masuk ke Imperial Heritage Hotel Melaka
  • Melawat Muzium Senibina Melaka
  • Makan Tengahari di Kedai Makan Asam Pedas Selera Kampung
  • Melawat Gereja St John
  • Melawat Muzium Kastam Melaka
  • Makan Petang di Kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil
  • Membeli belah di Freeport A'Famosa Outlet
  • Beriadah di Melaka Alive
  • Makan Malam di Aida Rich Cafe
  • Pulang ke Tempat Penginapan


HARI KEDUA

  • Makan pagi di Roti Canai Kayu Arang
  • Melawat Taman Buaya Melaka
  • Makan Tengahari di Asam Pedas Pasar Borong
  • Melawat Taman Rama-Rama dan Reptilia
  • Melawat Taman Burung Melaka
  • Melawat Muzium Istana Kesultanan Melaka
  • Makan malam di Roti John Tarik Mael Lambung
  • Melawat Kota A'Famosa 
  • Beriadah di Melaka River Cruise

HARI KETIGA
  • Daftar Keluar dari Hotel

IMPERIAL HERITAGE HOTEL MELAKA





Imperial Mewah - Bilik Tidur



MUZIUM SENIBINA MELAKA




Gambaran Muzium Senibina Melaka

Info :

Merupakan salah satu daripada puluhan muzium di melaka yang berlainan fungsinya dimana destinasi ini menempatkan pelbagai replika rumah lama melayu yang ada khususnya di Melaka. Destinasi ini lebih tertumpu kepada sejarah seni bina rumah dan perkakasan untuk membina rumah tradisional orang dulu. Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan Belanda yang lama dan mempunyai 2 tingkat.

Alamat :

Muzium Senibina Malaysia Melaka terletak di Jalan Kota di antara dataran ke Kota A'Famosa

Waktu Operasi :
  • 9.00 am - 5.30 pm setiap hari
Harga Tiket Muzium Senibina Melaka
  • Percuma

KEDAI MAKAN ASAM  SELERA KAMPUNG


Gambar Depan Kedai


Gambar Makanan Didalam Kedai

Info :

Kalau anda pertama kali bercuti ke Melaka, menu asam pedas melaka adalah wajib untuk anda cuba. Restoran ini merupakan salah satu tempat makan yang best di Melaka untuk anda mencuba asam pedas asli dari Melaka dengan pelbagai pilihan ikan- ikan segar. Selain asam pedas, pilihan menu lain juga banyak untuk lauk pauk makanan tengahari seperti masak lemak daging salai, gulai ayam dan sebagainya. Senang cerita, kalau berada di Restoran Asam Pedas Selera Kampung boleh dikatakan semua menu lauk pauk tradisional orang Melaka dan negeri lain ada di sini.

Alamat :

No. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Waktu Operasi :

  • 7.00am - 6.00pm


               

                                         GEREJA ST JOHN                                            


Gambaran Dalaman Gereja St John




Gambaran Belakang Bangunan Gereja St John

Info :

Gereja lama ini dibina pada tahun 1521 oleh tentera Portugis sebagai tempat ibadah. Lokasinya terletak di atas Bukit St John bersebelahan dengan Kota A' Famosa. Binaan bangunan yang hampir 500 tahun usianya ini masih kekal sehingga kini walaupun melalui beberapa fasa peperangan. Pelancong juga boleh melihat pemandangan menarik Bandar Hilir Melaka dari puncak bukit si sini. Sebelum penjajahan Portugis, bukit ini dikenali dengan nama Bukit Melaka dan menjadi tempat Sultan Melaka memerhati keadaan perlabuhan di muara Sungai Melaka.

Alamat :

Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi :
  • 24 Jam
Harga Tiket :
  • Percuma 

MUZIUM KASTAM MELAKA



Gambaran Luar Bangunan Muzium Kastam Melaka



Gambaran Dalam Bangunan Muzium Kastam Melaka


Info :

Muzium yang bertempat di bangunan yang pernah menjadi gudang simpanan dagangan British ini menempatkan pelbagai informasi menarik tentang sejarah dan dunia Kastam Malaysia. Tarikan yang paling menarik di sini ialah melihat koleksi harta rampasan sejak 50an lagi seperti kulit binatang, senjata antik, keris ukiran ayat Al-quran, patung ukiran lucah dan sebagainya.

Alamat :

Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi :
  • Isnin -Jumaat : 9.30 am - 5.30 pm
  • Sabtu - Ahad dan Cuti Am : 9.00 am - 6.00 pm
Harga Tiket :
  • Percuma

KEDAI KUIH KERIA ANTARABANGSA HAJI JALIL



Gambaran Hadapan Kedai Kuih Keria

Info :

Kedai ini membuatkan ada bergaduh dan kalau nak makan kuih keria di sini tahap kesabaran perlu disemai di dalam dada. Mentaliliti perlu betul sebelum terjah tempat ini. kuih keria di sini memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi siap pecah panggung satu Malaya. Sedap memang sedap tapi kena sabar.

Alamat :

3132C Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka.

Waktu Operasi :

  • 1.00 pm - 6.00 pm
FREEPORT A'FAMOSA OULET




Gambaran Freeport A'Famosa Outlet


Info :

Freeport A'Famosa Outlet ialah satu shopping mall yang baru dibuka pada tahun 2015. Mall ini menempatkan lebih 70 lot kedai yang menawarkan pilihan barang dan lebih kepada prosuk jenama seperti Playboy, Nike, G2000 dan sebagainya. Ada juga sesetengah pelancong dan masyarakat setempat membandingkan destinasi ini seperti Johor Premium Outlet (JPO) yang menawarkan harga barangan berjenama pada harga yang agak berpatutan.

Alamat :

Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Waktu Operasi :

  • 10.00am - 10.00pm
MELAKA ALIVE




Gambaran Melaka Alive

Info :

Konsep persembahan kebudayaan dan sejarah Melaka yang mengabungkan elemen teater dan teknologi terkini untuk menceritakan kepada penonton tentang sejarah kegemilangan negeri Melaka. Satu lagi tarikan terbaru yang memperkenalkan pada tahun 2015 yang juga boleh didapati di sini ialah Pirate Adventure. Satu destinasi indoor yang sesuai untuk anda datang bersama anak-anak pada musim cuti sekolah di Melaka.

Alamat :

Melaka Alive, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka

Waktu Operasi :

  • 10.00 am - 7.00 pm
AIDA RICH CAFE


Gambaran Hadapan Kedai



Gambaran Ruang Makan Kedai



Gambaran Makanan di Aida Rich Cafe


Info :

Aida Rich Cafe yang popular dengan menu makanan orang Melaka seperti asam pedas dan masakan nyonya. Suasana kedainya yang elegen dan pilihan menu makanan di sini juga banyak samaada makanan santai atau makanan berat berlatar belakangkan nyonya dan western. Antara menu yang popular di sini Ayam Cili, Ayam Pongteh, Asam Pedas Nyonya, Asam Pedas Tetl dan sebagainya.

Alamat :

54, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka

Waktu Operasi :

12.00 pm - 11.00 pm

ROTI CANAI KAYU ARANG


Gambaran Kedai 




Info :

Walaupun menu utama kedai makan ini ialah Roti Canai namun tidak bermakna hanya Roti Canai saja yang boleh anda makan di sini. Banyak juga pilihan makanan yang ada di sini seperti Lontong, Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Rempah dan pelbagai aneka kuih muih tradisional orang Melaka. Roti Canai di sini memang ada kelainanya tersendiri kerana menggunakan dapur arang untuk membakar riti. Pilihan jenis Roti Canai seperti Roti Tanpal, Roti Bom, Roti Telur dan sebagainya.Yang paling rare adalah Roti Canai Nanchos, memang lazat gila. Makan disini boleh rasa asap-asap arang seperti makan satay. Rasanya memang agak lain dari Roti Canai lain, kalau anda memang pandai beza.

Alamat :

Lot 459 Kg Bakar Batu Mukim, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka.

Waktu Operasi : 
  • 7.00 am - 12.00 pm

TAMAN BUAYA MELAKA





Info :

Satu lagi destinasi yang menyeronokkan untuk kanak - kanak melihat dengan lebih dekat disini iaitu Taman Buaya dan yang paling mendebarkan sudah tentu menyaksikan pertunjukkan aksi berani pelatih bersama buaya-buaya di sini. Selain itu disini juga menempatkan beberapa tarikkan lain seperti mini zoo dan taman rekreasi air.

Alamat :

Lebuh ayer Keroh, 75450 Melaka

Waktu Operasi ;

  • 9.00 am - 6.00 pm


ASAM PEDAS PASAR BORONG




Info :


Destinasi kali ini bertempat di Medan Selera Pasar Borong dan di sini banyak deretan kedai makan yang menyediakan asam pedas dan nama kedai yang popular di sini ialah Dahlia asam pedas dan Matahari asam pedas.

Alamat :

Asam Pedas Pasar Borong, Taman Merdeka, 75350, Melaka

Waktu Operasi :

  • 10.00 am - 3.00 am


TAMAN RAMA-RAMA DAN REPTILIA




Info :

Satu destinasi yang sangat sesuia untuk dilawati oleh pasangan yang sedang berbulan madu di Melaka. Suasananya sangat romantis dengan kecantikkan rama-rama eksotik di sini di samping bunga-bunga yang berwarna warni pasti memberi anda satu kenangan bulan madu yang indah. selain rama- rama, terdapat kura-kura, labah-labah dan pelbagai spesis ikan.

Alamat :

Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi:
  • 8.30 am - 9.30 pm
TAMAN BURUNG MELAKA





Info :

Destinasi yang pasti akan menghilangkan segala kusut di minda. Taman Burung secara terbuka ini terletak di Taman Botani di Ayer Keroh, Melaka. Konsepnya lebih kurang sama dengan taman burung di K.L dimana pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan burung-burung yang jinak serta memerhati burung melaui skywalk setinggi 12 meter.

Alamat :

Melaka Bird Park, Taman Botonikal, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka

Waktu Operasi :
  • 9.00 am - 6.00 pm (seiap hari) 

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA



Info :

Kalau hendak merasa bagaimana berada dalam istana Melayu lama seperti dalam Filem. Muzium ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Melaka pada kurun ke 15.Terdapat pelbagai geleri/ balai/ balairong yang mempamerkan ciri-ciri dan adat-adat Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu. Istana kayu ini dibina pada tahun 1984 dan menariknya ia dibina dengan bersendikan pasak kayu yang merupakan satu teknik yang mashur dalam seni petukangan rumah tradisional Melayu di Negeri Melaka. 

Alamat :

Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Waktu Operasi :
  • Isnin- Ahad 9.00 am- 5.00ptg 
  • Jumaat 11.45 - 2.45 petang (tutup sementara)

ROTI JOHN TARIK MAEL LAMBUNG



Info :

Roti John Tarik Mael Lambung merupakan satun menu makanan yang popular di sini. Kalau anda sukakan chesee makan roti john di sini adalah wajib. Dengan menggunakan chesee mozzarella yang memang sangat jarang orang lain guna untuk membuat roti john, pengalaman menarik hirisan setiap bahagian roti john lebih membuatkan anda meleleh air liur nak makan. Pelbagai makanan santai seperti burger turut ada di sini. 


Alamat :

Lot 1432-A, Jalan Duyong Utama, Bukit Duyong, 75460, Melaka

Waktu Operasi :
  • 5.00 pm - 1.00 am
   KOTA A'FAMOSA




Info :

Destinasi yang paling ikonik untuk dilawati. Untuk mendekatkan anak-anak yang bersekolah tentang sejarah Melaka. Binaan kubu berbongkah batu ini berusia lebih 500 tahun. Telah dibina sejak zaman era penjajahan zaman portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan untuk melawan menentang penduduk Melaka ketika itu. Terdapat beberapa laras meriam di sekitar kubu ini dan sesuai untuk aktiviti pengambaran bersama keluarga

Alamat : 

Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka. 

Waktu Operasi :
  • 24 Jam

MELAKA RIVER CRUISE







Info :


Aktiviti wajib bagi pelancong yang datang ke Melaka adalah menyusuri Sungai Melaka untuk melihat keindahan Kota Melaka pada waktu malam dari sebuah bot. Pemandangan di sepanjang sungai lebih menarik kerana hiasan lampu-lampu neon dan lukisan - lukisan berwarna warni.

Alamat :

Jalan Laksamana, 75000 Melaka.

Waktu Operasi

  • 9.00 am - 11.00 pm (setiap hari) 










No comments:

Post a Comment